Wednesday, December 30, 2009

Tak dpt Rocker-C dpt rocker baby pun jadiklah.

Last a few mth,
hubby bgtau about Rocker-C
Rocker-C tu nama one of Model motor Harley Davidson.
Ni gambar design Rocker-C tu.

Ada hati nk menambah collection lah tu.
Mummy diam je.
Sukati Daddylah nak beli yg mana.

Last mth, daddy bgtau tak jadi nk beli model Rocker-C tu.

Smlm..Mummy jalan2 ke KLCC,
Mummy nampak Rocker MacLaren for Baby

terus Mummy beli tuk baby.
X dpt rocker C dpt rocker baby pun jadiklah hubby yer.

Esok Mummy bawak balik Jb ok.
harus Abg Danny teringin nk kembali ke zaman baby.

Monday, December 28, 2009

Brg2 bedding baby.

Last 2 weeks Daddy and Danny dtg KL,
Mummy heret mereka berdua ke Moms Care.
Kali ni beli brg2 bedding baby dulu.

Antara yg dah di beli.

Travel matress, receiving blanket, comforter,
sarung travel matress extra.

Beli set Duckling Fun - Danny yg pilih.

Travel mattress

ComforterPillow & bolster Set

Dimple Pillow
Additional, Mummy beli 2nd set tuk ganti2 (set Beary Fun mcm gambar ni)
means kalau cuci yg set duckling, ganti plak dgn set beary.


3 pcs Receiving Blanket - kaler biru



Baju baby dah 10 pasang Mummy beli.
Stoking & sarung tgn br 3 set kot - kene tambah lg ni.

So next, kene g beli baju baby lagi- brg2 toiletries, stoking & sarung tgn,
towel mandi, towel muka and a few other things.
Esok or lusa Mummy kene pergi beli ni.

next week Mummy dah 32 weeks aka 8mth.
makin tak larat nk jalan2 membeli belah skrg ni.
kene list things to buy,
then pergi mall beli apa yg perlu shj.

Thursday, December 24, 2009

Cuci mata ptg smlm.

Smlm ptg,
saya telah membuat lawatan amal ke LV, Gucci & Tods
bersama sahabat saya Maya.
Maya tgh mencari hadiah tuk bday daddy nya next mth.

btw , masuk LV, suka tgk kasut peep toe tu je.
Mmg match dgn bag rodeo drive amarante I.
Rege Rm2800 kasut tu.
No-no-no..mahal sgt kasut tu utk I. Stop!.

Then masuk Gucci.
Suka tgk bag2 in Guccisima leather.
Sukey in Guccisima tu sgt cantik di mata saya.
kaler putih plak tu,
Mmg tak sesuai tuk saya yg lasak ni. haha

next ke Tods pula
Ada yg membuatkan saya teruja disini..
G-bag yg sgt casual.
I like!...
Come in canvas or leather.
mata ni suka sgt yg leather.
Especially in Fushia color!
Striking giler..
I like!.

Leather G-bag - rm5k++ (not more than 5.5K) lupa actual price


Canvas G-bag -rm2750


So pagi ni mulalah i explore about G-bag ni.
mulalah i berangan nk jadi mcm mereka2 ni.
hahah..teruskan angan2 mu itu..




paling berangan mcm gambar Halle Berry ni.
maklumlah, next year nk dukong anak lagi. hahahah..

lepas dah cuci mata,
we all dinner di California Pizza.
I suka pizza and salad kat sini.

Ops...hari ni hari last keje minggu ni.
tak sabar rasanya nk balik Jb ptg ni.
seronok rasa every week keje 4 hr je.

happy wekend ye frens.

Monday, December 21, 2009

Cerita wekend yg biasa2 je...

Hujung minggu lepas, cuti 3 hr.

Jumaat, habiskan rehat2 di rumah bersama hubby dan keluarga.
Bfast bersama keluarga dan bergossip issue2 semasa.

Sabtu..Hubby merempit ke Kl bersama geng2 nya.
So i stay kt JB with my son.

Ptg sabtu ikut adik2 ipar & ibu mertuaku ke Jusco Tebrau
Saya telah berjaya menikmati 'Pulut Mangga'.
Nyum2..Tp pada i so-so je kot,
Sedap lg Pulut cicah with Serawa Durian.
Yummy!..

Oleh kerana preggy pun dah masuk 30 wks,
saya telah men 'save' kan diri beli seluar preggy jenama Jusco shj.
Walhal lg 2 bulan shj, saya masih nak membeli seluar & baju lg.
Apapun, kali ni i mmg save beli brand Jusco,
Tak sangka ada seluar preggy yg menepati citarasa saya.

X larat nk invest lg di Modernmum or Mums Club lagi.
Cukuplah apa yg ada yg telah di beli.
Lg 2 bulan saja lagi. beli yg murah2 saja lah.
Cepatlah masa berlalu.

Di jusco beli seluar size "M" yg agak selesa, 2 helai lg i beli.
Okeylah beli murah pakai lenjan lg 2 bulan ni.
Tambah dgn seluar preggy yg sedia ada.

Pastu si adik ipar sibuk beli baju di Jusco,
I pun sibuk juga.
Oleh kerana bukan design baju tuk preggy woman,
i terpaksa beli size 'XL'. hambik ko!.
Apapun suka sgt blouse tu, sbb kain dia lembut sgt,
sesuai tuk bawak tidor sekali, 2 helai juga i beli
Mmg tu adalah baju tuk diguna pakai during wekend.

Smlm pula, saya sibuk tgk maid kemas store brg2.
3 or 4 bulan sekali mmg itu rutin maid.
Dah kemas store, wekend ni nak mengemas bilik bawah pula.
Bilik tu saya nk guna utk masa berpantang nti.
Hmm..tgh sibuk nak menukar cat bilik tu.
Bg mood bilik baby baru.

Nti saya jengah blog kawan2 tgk xtvt wekend uols.
Di hujung2 preggy ni mostly i just spend rest & relaks di rumah shj.
Perut dah besar, x larat nk jalan2 di shopping complex sgt.
Kalau pergi pun, beli apa yg patut & ada arah tujuan.

Mood merapu entah apa2 aja hr ni.
masih "Monday Blues" org kata.

Wednesday, December 16, 2009

gara2 survey

Gara2 konon2 buat survey di LV tadi,
I telah berkenan dgn satu bag ni.

Monogram Etoile.
rege kat KLCC

9K++ for GM
&
7K++ for PM

Tapi, td ada Gm size je, Pm size habis,
takde plak nk test power. hehe


Ni masuk dlm kes2 berangan jelah.
Tak kuasalah nak membeli bag tu skrg ni.
Nak insaf sekejap.

Bag Greta mcm besar utk saya.
So x boley masuk wishlish dah. hehe

Rasanya, I'm going to kirim
Sarah Wallet Multicolor jelah.
Cukuplah tu sebagai penutup 2009.
Insaflah Ella oii.
Ada 2 hr lg tuk I mengubah2 fikiran.
Cos my fren akan pergi membeli during wekend ni.
Jgnle ada yg menghasut2 aku.

Tuesday, December 15, 2009

Kabar tak di duga dr Paris

Last week tiba2 me dpt email dr my fren..

"Wei aku kt Paris skrg,
Balik KL before Christmas,
Nak kirim apa2 bag LV tak?.."

huaaa....
terus jiwa jadi kacau.
Tak tau nk pilih apa sebenarnya.
Sbb mmg dah fikir tak nk beli apa2 handbag lg skrg ni.

So mls pikir panjang, me kata,
Nak Galliera Pm in Mono

Smlm dia email lg...
Babe.. Sorry to said,
Galliera Pm abis stock!
Gm ada but too big tuk engko!.
Aduhai...Abis stock ler plak.

So pencarian bag apa yg harus di beli bermula.
Tak kirim mcm rugi,
sbb murah kan compared sini,
dgn dpt tax deduction lg.
Bukan selalu dpt offer camni.

Esok tgh hari nk ke LV KLCC
mencari something yg boley dikirim.

Apa ye kawan2?
Dlm kepala ni Greta MC (besau sgt tak bag ni?)


Or wallet in MC .

hmm... ada rezeki adalah kot mana2 ygberkenan.
kalau takda, tak belilah.

Friday, December 11, 2009

Happy Birthday to Myself!

Happy birthday to Ella
Happy birthday to Ella
Happy birthday to Ella
Happy birthday to Ella



yeap..
I turn 32 today.

Alhamdulilah..
Syukur di panjang kan umur hingga ke saat ini.
Diberikan kesihatan.
Dan segala2 yg baik dtg dari Nya.
Yg buruk itu dtg dr Nya jua atas kelemahan diriku sendiri.

Tuesday, December 8, 2009

It's A boy!

Wink!...
last saturday scan and confirmed
my baby it's a Boy!




Alhamdulilah..
I and family bersyukur.
So means Danny ada geng!

Danny was so happy,
sbb all this while asal org tanya nak baby girl or boy,
he will said "Baby Boy"

Me.. bersyukur.
Boy or girl tak kisah,
as long sihat dan sempurna kejadiannya.

Brg2 baby semua belum beli lg.
Igt nak pergi beli minggu ni.
Tp my family nak juga ajak
I ke majlis perkahwinan di Muar wekend ni.
So hasrat nk membeli brg2 baby terpaksa di tunda.

Last saturday check up,
i mentioned to my gynae,
yg i stay @ KL.
So he said, by 36 weeks
he advised me back to JB & start cuti,
He will plan my delivery date.
Aduh part ni ada seram sikit.. haha

So from today onwards.
I'm counting my day.
36 working days to go.
By 1st feb 2010, i dah start relaks & lepak2 @ JB.
relaks ker? hahah.. Hanya Tuhan yg tahu

Wednesday, December 2, 2009

Benjamin Button Malaysia

Hari ni nk citer sikit psl Mr Hubby.
Dia adalah sgt berangan nk menjadi

Benjamin Button Malaysia.


hasilnya...

Triump 1960 menjadi koleksi terbaru nya.

patutler masa buat garage di rumah kami tu,
kemain lg dia mintak space.
lg besar dr master bed kami.
terpaksa mengalah i, wet kitchen kecik
Byk rupanya bakal penghuni garage tu. huh!

proses 'membarai' dan menukar2 apa yg patut sdg dijalankan.
dgr2 color semua nk di tukar dah.


Oh suami..takpe, U beli motor and kerete kan.
jgn lupa kat isteri u ni pun nak koleksi tersendiri juga.

Ops...tahun baru akan tiba sebulan lg.
Birthday En Suami akan menyusul awal tahun nti.
Dia sudah beli hadiah tuk dirinya sendiri.
Apa lg..pastinya penghuni garage yg baru lg.
Tunggu, awal tahun nti, dah dpt kita tgk ya.

dasar org lelaki.....
Sib baik tambah kete motor baru.
kalau tambah bini baru..haru biru aku...

Monday, November 30, 2009

Penatnya...

aduh..saya masih terasa penat.
walhal sampai Kl jam 10 mlm.
Tp sbb drive dlm keadaan yg jem
dr area sebelum pedas linggi sampai ke seremban mlm td...

naik sakit seluruh badan ni..

Sib baik en suami akan naik Kl jumaat ni bawa saya pulang ke Jb.
No more driving kl-Jb for me anymore.
Pencen sementara..hahah

4 jam saya drive dr Muar ke Kl mlm td.
Igtkan lega separuh jln dr Jb ke Muar hubby dah tolong drivekan.

Semalam ada majlis perkahwinan yg saya hadiri..
Saya dan adik pulang ke Kl.
Hubby and yg lain2 balik ke JB.
Serik benar rasa nk drive time perayaan mcm ni..

letih rasa badan...
mcm mana agaknya kawan2 meraikan Aidiladha?.
Saya sempat berziarah ke rumah saudara mara.
Dan menikmati Sup tulang masakan ibu mertua..Sedapnya...

xde benda nak mengarut hr ni.
Letih lg...
nti ada masa free, i jalan2 blog kawan2 yer..

Tuesday, November 24, 2009

My Birthday pressie.

Alhamdulilah...
My birthday is coming in 2 weeks time..
Syukur atas rezeki yg di beri Nya,
Syukur diberi umur yg panjang hingga ke saat ini.

i had a wonderful weekend
with my beloved (Hubby & son)

&
I am getting my early birthday present!.

Presenting my new arm candy,

Chanel GST Black Caviar with Gold Chain.



A million thanks to my beloved hubby 'Mr Sham'.
Love u dear.

A few pic, me & my new baby!. Enjoy..


me & danny in front of Chanel butik KLCC (last friday nite)


danny nk tgk ' air pancut' outside KLCC ler plak...

me @ genting, 1st day outing with new baby.


me @ genting, 2nd day outing with new baby.

Ok..enuf said..

i am still waiting
my Cole Haan bag in spicy orange from my buddy kenge.


After this mummy sibuk
nak beli brg2 for my loving baby in my tummy plak.


No more citer bag lg till my baby selamat.
Insya Allah..

Monday, November 23, 2009

Special Posing for my baby!!

This entry dedicated special for my baby(dlm perut)....
lg 2-3 yrs..nti baby tgk..mummy jalan2 bawak baby okey!..

Mummy posing with new harley jacket @ Genting Highland.
Wekend smlm....

Mummy, Daddy , Danny jalan2 ke Genting

bawak Abg Danny main2 kat Indoor game...

I am 6 mth+ preggy already!..
3 mths to go...
Now dah masuk 3rd trimester..



Doakan everything okey ye kengkawan.
Dah lama tak preggy.. Almost 5 yrs..
hahah..org lain 10 tahun sekali pun tak kecoh!..

terasa seperti preggy anak no1 dulu..

Kl Bike week 2009

Br sempat nak share with uols..
Event ni last mth ye kengkawan.
Kt Bukit Kiara Equestrian Club.
Event ni every yr ada, organized by Red-Garage.
During event mcm ni, geng2 motor ber-gathering.


Kita layan2 gambar jelah ye..


Banner kt Hotel & Motoheads booth.

me & danny & my frens..

Junior Harley biker.

Friday, November 20, 2009

Ed-hardy yg menawan kalbu!

masuk blog kenge, buat aku sakit mata and sakit jiwa..
opss..tolong promote blog dia...

http://mybrandoutletstore.blogspot.com/

mmg berbaloi2 kawan2...
sapa yg minat Coach tu, rajin2 ler g view blog dia..
Bukan takat Coach, Gucci ada, Burberry ada, LV ada..
semua berkenan di mata..

Tp apakan daya, budget 2009 dah ditutup.
tinggal satu je lg nk di settlekan,
pasni duk ler aku diam2..hahahah

Ini t-shirt Ed betul2 buat aku gelisah jiwa.
Sib baiklah tgh preggy skrg ni.
kalau tak haruslah jiwa bertambah kacau,
harus pecah tabung beli ini T-shirt..heheh

Hr tu bike week dah rembat leather jacket & t-shirt from harley.
Lum sempat lg nk posting bout KL Bike week hr tu.
Walaupun memegang status 'Mak buyung',
kalau dh berkenan kan jacket yg size XS tu En hubby terpaksa turutkan.
Walhal...nak pakainya lg 6 bulan belum tentu boleh zip.. hahahah..

Alasan nya...
I cuma ada Jacket harley Nylon je..
Nak jacket leather plak..huah-huah-huah..
mcm aku plak yg bawak motor..Over!!..

Apapun..esok aku nk posing with my new harley jacket.
konon2 pakai ala2 style bukak depan ler..
huah3..byk berangan betul mak buyung ni skrg..

Apapun..t-shirt ni harus masuk dlm wishlish aku..


makin bertambahler wishlish makcik nampaknya..

Happy wekend kawan2..

p/s..kenge...pinjam gambor eh...

Wednesday, November 18, 2009

My Hubby new gadget

Ahad lepas,
habis saja concert Danny, hubby terus kata

Jom ke Lowyat!.

Ha , hubby aku ajak g Lowyat, mcm tak caya je.
maklumlah, hubby i bukan org yg minat2 sgt bab2 IT ni..
Gupa2 nya hubby dah tertarik hati nak beli Camera DSLR.

Wah3..menambah hobi baru darling aku.
So jalan2 di lowyat, Hubby pun belilah new camera..

Canon 500D.

yang paling ku tak tahan, siap beli lense yg panjang sikit.
mcm ye je hubby aku ni nak amik gambar.

En hubby sdg test camera..



1st shot masa tu adalah gambar mummy and danny ler..hehe
Tp tak upload lg lah frens.
Mmg kesan kamera yg baik, gambar terus nampak cantik !. haha.

So wekend ni hubby kata nak ajak Mummy and Danny
shooting gambar
.


Cuma tak tau lg kat mana..
Esok kot br hubby confirmkan.

harus Mummy & Danny
jadi model yg tak glamer wekend ni..heheheh...

Tuesday, November 17, 2009

My Danny Concert

Ahad lepas ada concert di sekolah danny.
Hubby pun kenalah naik Kl lg
tuk melihat anak bujang nya menyanyi and berlakon.

hahah..
di rumah Danny kata dia akan jadi snake..
siap ler buat gaya snake bagai..
Saya kata entah ye jek anak aku ni.

Tup2 bila tgk, danny jadi 'Mat Bunga'..hahah
Dia sorg pelakon lelaki bersama girlfren
then berlakon and menyanyi kat taman bunga.

Danny di pentas, pakai baju kuning anak mummy..


Ops aksi ini sgt membuatkan saya teruja.
tak sangka Danny nak berlakon camtu.
maklumlah..setiap kali, dia selalu kata dia malu..

Saya hanya berkata bagus tok Danny.
bg semangat sikit.
Bab2 bersama gadis2 comel tu takleh diperbesarkan.
harus meramuk anak mummy
kalau cakap psl gigirl yg pegang tgn dia masa concert tu..



Friday, November 13, 2009

mak buyung ke wedding..

last week saya sibuk mengomel
takde baju nak di pakai ke majlis perkahwinan
saudara terdekat ahad lepas.

malas nk pikir panjang,
saya telah berpakaian
yg ikut sukati mak pak saya je
ke majlis perkahwinan tersebut.

semua baju kurung dah tak muat..
so kenalah pakai baju yg ada saja..
sukati saya je berpakaian perasan ala2 seksi.

Mak & pak mertua
malas nak layan meng'hantu' perempuan dia yg sorang ni..

layan gambar Ahad lepas okey...
heheh..2 keping je ada..



gambar bersama en hubby tersayang..ahai..

bersama adik-adik ipar yg sama naik dgn kakak iparnya. haha

yeah... esok wekend.
Selamat bercuti-cutian kawan2..

Wednesday, November 11, 2009

help me to find this!..

lalings fren..

kalau uols ada nampak mana2
online Coach Seller
jual bag bawah ni,

do let me know ya.



















My SIL berkenan with this bag.
I thk dah lama dah ni kuar,
thats why dah susah nk cr online.

TQ ya.

Friday, November 6, 2009

mari belajar make-up

Tajuk tu adalah untuk saya,
sbb saya adalah seorg yg agak malas ber-make up sejak kebelakangan ini.

namun disebabkan ada majlis perkahwinan yg perlu dihadiri wekend nti,
terpaksa membeli peralatan make-up yg dh kehabisan.
Mmg kelakar ' blusher ' tu sampai habis licin saya pakai.
berbaloi2.

3 hr lepas, saya ke Sogo,
sempat beli Blusher Mac - Mocha & listic mac in lustre range - Plumful.
1st time saya beli lipstic Mac in lustre. Selalu mesti beli in Satin.
A few color from satin range dh habis pakai.
tah mcm mana terbekenan dgn kaler plumful.


hasilnya - bila dioles di bibir yg tak seksi ni,
rasa moist and perasan cantik! haha
Dan yg pasti lipstic saya selepas ini akan dipastikan dr Lustre range.
hajat hati nk beli compact powder sekali.
Tp memandangkan i nak Studio Fix , SA promote habis Mac lightful,
tak jadi i membeli hr tu. Kes malas nk layan SA lelama..

So hajat hati mendapat compact powder terlaksana tgh hr td.
Jalan2 ke KLCC, dptler menyambar Studio fix seketul & Strobe cream.
Cukupler, ada Strobe cream sbb muka i Combination aka dry,
Studio fix, Lisptic & blusher.
Brg2 lenlain mcm eye liner, mascara & lipliner masih ada dlm bag make-up..
Barulah rasa semangat sikit nak bermake-up2 Ahad nti. Ahai.

ops...happy weekend frens..
Saya sebenarnya masih tercari2 baju nk pakai di wedding Ahad nti.
Esok harus ke shopping comple
x,
pencarian dress or blouse tuk mak buyung harus diteruskan.
Mmg boring kalau time preggy ada majlis2 wedding n
i.
Boring sbb takda baju..huah-huah-huah.
Cepatlah 4 bulan lg berlalu.............

Wednesday, November 4, 2009

My baby 1st Scan...

Alhamdulilah,
last Saturday akhirnya berjaya juga i pergi scan baby.

8.30 pagi dah 'terpacak' kat Regency Hospital for registration.
Lepas register, terus I & Danny ke Mc-Donald berdekatan.

Hubby ke tempat kerja dulu,

Kul 10.00 br hubby dtg jumpa weols di Mc-D.

Su
dah ariff dgn jadual doctor,
kul 10.30am br doc sampai.


So far, what doc said to me,

baby is in good condition,
Alhamdulillah.

Ukur kepala - 5.53cm = 22 wks & EDD on 28/02/10.

Hmm itulah kecanggihan IT zaman skrg,
Scan je baby, semua data keluar.

Yg pasti saya adalah 'tukang kira' yg bagus.

Sbb kiraan umur baby saya adalah sama mcm yg tertera di screen tu.


Pusing sana, pusing sini,
haha
Posisi baby "Terlungkup"
Mmg saja nk buat surprise kat mummy & daddy.

So end up my gynae said,
Tak nampak gender baby.
Xpe, tunggu next mth check-up.
Semua family pun d
ah tertanya2 bila balik.
A few frens pun sms tanya.

kesimpulannya..

My baby sgt pemalu..
Dia suruh I & family scan dia selalu.

next mth 28wks (7mth) mungkin boleh nampak clear sikit.

Bukan apa, senang nk membeli baju.

Skrg ni tak beli lg 1 pun brg keperluan baby.

Org tua2 kata tunggu dah 7 bulan nti.


So nx mth, kalau check-up tak nampak lg,

harus baju2 baby kene beli universal color.

Senang - baby girl or boy boley pakai.

Mummy dia sebenarnya yg tak sbr sgt nak membeli brg2 baby.

Skrg ni pun i sedang sibuk surf internet brg2 keperluan baby.
kene buat list, supaya lg senang nak membeli bulan depan.

skrg ni berjalan di shopping kompleks lama2 tak larat sgt dah.

Thursday, October 29, 2009

baby Is kicking

This week i dah 22 wks preggy.
Alhamdulilah.
Everything goes smoothly.

So far no morning sickness
&
belum lg mengidam benda2 yg susah.



Seminggu ni I rasa sgt,
baby asyik bergerak2.

Berdegup2 rasa dlm perut ni.
Then la ni senang sangat rasa nak ter *wee-wee*
Aduh mcm tak boleh di tahan2...

Tadi dah call Regency Hospital, Jb.
nak buat appointment jumpa gynae.
Opss, nurse tu mula2 reject kata dh ramai sgt Saturday ni.
I said, i leh dtg jumpa doctor Sabtu saja nurse.
Next week tak boley, ada wedding di KL.
Then 14 nov pun tak boley Danny ada Concert di Kl.
21 Nov plak mcm lambat lg.

nurse tu gaknya kesian kt I,
bila i kata i balik Jb during wekend je,
terus dia kata, Ish superwoman lah u ni,
Tgh preggy pun drive Kl-Jb offenly.
hahah..apa nk buat nurse.
I cr rezeki..heheheh. Boley gitu?
Actually i pun dah start kurangkan drive ke JB.
last week tak balik.
So next plan balik Jb mungkin masa raya haji nti.

I bukan takmo jumpa gynae kt Kl,
tp sbb i plan nk bersalin kat Jb,
So terpaksalah i g gynae Jb gak.
then i used gynae yg sama masa 1st baby dulu.

Semua org tanya.
kenapa i tak scan2 baby lg?
org lain br 2-3 bulan dh scan.
kt Kl kan banyak klinik yg boley scan baby?

reason????????..Entah..
rasanya 1st time scan biarlah we bertiga ada tgk
(I, Danny & hubby)
So nak dpt time nk ada bertiga tu yg payah.
hr sabtu ni je free.

Hmmm...A bit excited nak scan baby Saturday ni..
Doakan semuanya okey ye kawan2.

pic - http://www.babycentre.co.uk/pregnancy/fetaldevelopment/22weeks/

Wednesday, October 21, 2009

Banafee Vilage - JB

last Saturday nite,
hubby ajak lepak2 ngan geng2 harley kat Jb town.
Dah lama tak kuar malam2 ngeteh ni.
maklumlah...
dah ada anak ni kadg2 kesian plak nk tinggalkan dia.

So, sbb mlm tu danny tidor umah cousin dia,
dptler mummy ikut dady melepak2 di malam minggu.

1st time I pergi lepak kat tempat ni.
Banafee Village
dekat2 dgn New York Hotel kat area Sentosa JB.
jgn tersilap ye, Banafee ni ada 2 kat area tu.
Yg 1 lagi, Banafee ala2 maple,
Banafee Village ala2 ada style sikit. hahah
dgr2 cerita kerabat2 Johor pun selalu lepak2 disini. Opsss.

Mlm minggu, ada Buffee Rm 35 per head,
Siap ada kambing golek.
But i tak makan pun, sbb dh kekenyangan.
I dh makan di open hse rumah kawan before that.


nice ambiance, ada live band, leh karaoke,
sesuai tuk relaks, lepak2 and borak2 with frens..

So sapa2 g jb, tak tau nk g mana, leh lah lepak kat sini..
Hubby pekena Nasi Ayam Penyet mlm tu.
I cuma pekena Apple Juice.

Tuesday, October 20, 2009

Jamuan Raya di Ofc

Smlm ada jamuan raya di ofc.
Buat betul2 last Syawal.
makan tak hingat.

Yg paling saya suka...
Pulut Kuning
Sedap sgt makan dgn rendang...



Makan byk sgt..
Tup2, kul 2.30 ptg mata terlelap di kerusi sbb kenyang sgt..
Buruk perangai aku..

A few menu lg - Spagethi, nasi impit, lemang, ketupat palas,
rendang ayam, rendang daging, satay , kuih muih & buah- buahan.

Cuma a few gambar je yg ada..
Gambar lenlain, x amik plak..
Ni pun kawan2 nya gambar..hehe..


Mmg puas hati....

Picture masa majlis makan2..
Mak buyung pun pakai baju kurung yg ala2 sendat,
sempena majlis hari raya..
Ops..ini adalah baju raya 2 tahun lepas kot..hahah


raya dah habis...takdelah makan2 rendang lg.
Tunggu next mth raya haji lah gamaknya..heheh

Friday, October 16, 2009

Celcom Vs Maxis

Saya ada Celcom broadband kt umah.

Tp tak tau kenapa dh dkt 1/2 bulan tak boleh pakai cos,
tak detect dlm laptop tu.

cerita nya, saya dah discontinue Celcom broadband ni.
Pastu br continue semula last mth,
sbb gara2 ofc dah block byk website.
Dulu2 pakai ok jek..

dah call Celcom 3 or 4 kali, dia kata dh Ok dah.
tp sampai skrg tak detect2 kat pc or laptop.
geram btul..Tgk kat broadband tu ada blink2..
hisshhh...dahler I & hubby 'Buta IT'.

Esok balik Jb br nk ke Celcom suruh check apa kes plak dah.
Agak2 hangin esok..harus saya cut-off terus Celcom Broadband tu..

Tgh berkira2 nk amik Maxis Broadband plak.

kawan2 pakai broadband apa yer?.

p/s Happy Deepavali.
Td saya dgr lagu 'Kuch2 Hota Hai' kat radio
Teringat balik cite tu..


Suka sgt citer tu.
Dulu2 tgk 10 kali, 10 kali gak menangis.
harus esok kt Jb aku return tgk citer tu. heheh.